Pada masa COVID-19 pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai keluarga terpaksa duduk dirumah dengan warga emas. Ini akan membawa kepada generasi yang berbeza tinggal dirumah yang sama untuk tempoh masa berpanjangan. Komunikasi antara generasi yang berbeza mungkin menjadi masalah. Prof Madya Dr Farizah Hairi dalam artikelnya di the Malaysian Medical Gazette telah memberikan nasihat bagainama untuk mengatasi masalah komunikasi ini. Beliau telah senaraikan lima perkara yang kita perlu titikberatkan dan ambil perhatian agar komunikasi dengan Warga Emas lebih berkesan.
- Kita harus sabar dan bantu dengan seikhlas hati
- Kita harus bertanya dan bukannya memberi arahan
- Tanya lah mereka, jangan buat andaian sendiri
- Sedia beri bantuan, bukannya mengarah mereka membuat sesuatu
- Beri pilihan sekiranya ada
You must be logged in to post a comment.