Apakah tugasan jururawat OSHE PPUM?

Unit Occupational Safety Health and Environment (OSHE) di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) adalah satu-satunya unit dibawah Pengarah PPUM. Fungsinya adalah untuk memastikan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Alam Sekitar di PPUM terjamin. Jururawat Terlatih merupakan salah satu staf yang penting untuk Unit OSHE. Terdapat dua orang jururawat yang bertugas di Unit OSHE; Pn Siti Nadhila Ahmad dan Nurul’Ain Muty.

Disini Pn Siti Nadhila Ahmad menyenaraikan tugas-tugasan seorang jururawat di Unit OSHE PPUM.

Tugas jururawat OSHE PPUM adalah sebagai

  1. Menjalankan tugas sebagai setiausaha dalam pemantauan pematuhan mengendali hazard bagi di hospital dan hazard yang terbesar seperti tibi dan NSI sebanyak 4 kali setahun dan melaporkan di dalam mesyuarat JKKP.
  2. Mengumpul data seperti kemalangan/penyakit pekerjaan staf di hospital.
  3. Menjalankan siasatan/ laporan rootcause jika berlaku kemalangan/ penyakit pekerjaan yang berlaku seperti tibi dan NSI.
  4. Menjalankan pemantauan perubatan berkala kepada staf yang sentiasa terdedah kepada hazard seperti hazard kimia, radioaktif seperti termaktub di dalam akta.
  5. Mengendali dan mengatur temujanji pesakit di klinik kesihatan pekerjaan di hospital bagi kes pesakit luar berkaitan pampasan PERKESO dan staf jika berkaitan penyakit pekerjaan.
  6. Merancang dan menjalankan latihan kesedaran berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kepada staf.
  7. Mengumpul data berkaitan latihan yang telah dianjurkan bagi memastikan setiap staf telah mendapat pendedahan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
  8. Mengenalpasti hazard (HIRARC) yang terdapat di tempat kerja iaitu pemantauan dan laporan.
  9. Membantu pegawai perubatan (OHD) mengumpul maklumat dalam menjalankan walktrough survey jika terdapat staf terlibat di dalam kemalangan atau mendapat penyakit pekerjaan.
  10. Melaporkan kes berkaitan penyakit pekerjaan/ kemalangan staf kepada Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan melalui JKKP7 dan JKKP8
  11. Membantu pegawai perubatan (OHD) dalam menyediakan laporan pampasan staf.

Banyak lagi kerja yang kami Jalan Jan contohnya kami perlu menguruskan kes-kes COVID19. Tetapi hanya terdapat dua orang jururawat yang menjalankan tugasan di atas dan kami masih dalam proses pembelajaran bagi mengendalikan tugas. Bukan tanggung sama-sama kerana tugas kami berlainan bagi mengendalikan setiap tugasan yang diberi.

Harap lebih ramai lagi yang akan memahami tugas jururawat OSHE.

Subscribe to our newsletter

Sign up to receive an awesome Newsletter in your inbox, every month.

We don’t spam! We only sent out Monthly Newsletter