PRK DUN Chini: Elak guna peralatan sama, bendung COVID-19

Dalam satu termu duga dengan Berita Harian, Professor Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud memberi pandangan cara untum membendung COVID-19 pada masa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.

Dr Awang Bulgiba berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh mengambil contoh pilihan raya umum yang dilaksanakan di Korea Selatan bulan lalu, yang mana selain semua pengundi diwajibkan memakai pelitup separuh muka, diperiksa suhu badan dan mengamalkan penjarakan sosial, mereka turut dibekalkan dengan sarung tangan untuk proses pengundian.

 Dr Awang Bulgiba berpendapat, ceramah terbuka atau kempen dari ke rumah ke rumah tidak wajar diadakan sepanjang PRK berkenaan.

“Jika kita tidak membenarkan kenduri, sama jugalah dengan ceramah kerana ia akan mengundang orang ramai untuk datang dan sukar untuk kita kawal penjarakan sosial,”

Dr Awang Buldiba

Subscribe to our newsletter

Sign up to receive an awesome Newsletter in your inbox, every month.

We don’t spam! We only sent out Monthly Newsletter