Covid-19: Cegah ‘kluster shopping raya’

Dalam satu temu bual dengan Harian Metro, Professor Dr Noran Naqiah Hairi berkata bahawa kita mesti mengikut saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk bernarkan ekonomi bermula semua secara beransur-ansur, bukan dilakukan secara mendadak.

Menurutnya, apa dimaksudkan secara berperingkat-peringkat itu termasuk sektor demi sektor serta melihat kepada zon hijau, kuning dan merah berkaitan penularan Covid-19.

Dua teruskan, Virus SARS-Cov- 2 yang menyebabkan penyakit Covid 19 ini amat bijak sekali, terdapat asymptomatic transmission/infection dan pre-symptomatic transmission yang boleh berlaku. Disebabkan ini seseorang dijangkiti akan berasa sihat, tidak menunjukkan apa-apa gejala penyakit. Padahal pada masa ini dia boleh menjangkiti orang lain.

Beliau me nasihat semua, supaya jangan bersesak-sesak lagi pasar raya dan tidak perlu makan beramai-ramai di luar, beli bungkus dan makan di rumah. Kita mest amalkan PKP sendiri, tidak perlulah galak membeli-belah seperti sebelum berlakunya pandemik ini. Senaman masih boleh dibuat di dalam rumah. Beli-belah boleh di atas talian. Bagi yang keluar bekerja, amalan disiplin tinggi amat penting sekali.

Subscribe to our newsletter

Sign up to receive an awesome Newsletter in your inbox, every month.

We don’t spam! We only sent out Monthly Newsletter