Sempena sambutan Hari Malaysia pada 16 September 2026, Program Saringan Anemia dan Pencegahan Denggi telah berjaya dilaksanakan di Residensi TNB Kelana Jaya, dengan kerjasama Pasukan Perubatan dari Universiti Malaya, pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB), dan Pelitawanis TNB.
Program ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada masyarakat setempat. Seramai 390 orang kanak-kanak telah hadir untuk menjalani saringan anemia secara percuma, manakala 200 orang kanak-kanak telah menerima vaksin denggi.
Selain membantu mengesan anemia pada peringkat awal, program ini turut memberi peluang kepada ibu bapa mendapatkan maklumat berkaitan kesihatan anak-anak serta langkah pencegahan denggi. Sambutan yang diterima menunjukkan bahawa kerjasama antara institusi kesihatan, sektor korporat dan komuniti mampu memberikan impak yang besar kepada kesihatan masyarakat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada:
💙 Pasukan PPUM
💙 Tenaga Nasional Berhad (TNB)
💙 TNB Residensi
💙 Pelitawanis TNB
💙 MBPJ
💙 Semua petugas, sukarelawan, ibu bapa dan pihak yang membantu menjayakan program ini.
Kejayaan program ini merupakan hasil komitmen, kerjasama dan semangat semua pihak dalam usaha melindungi kesihatan generasi masa hadapan.












Sekiranya anda terlepas program ini, jangan risau! Program Saringan Anemia dan Pencegahan Denggi masih dibuka setiap hari Selasa hingga Jumaat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Pendaftaran:
🔗 Daftar Sini!
Bersama-sama kita membina generasi yang lebih sihat, terlindung dan sejahtera.
#HariMalaysia2026 #SaringanAnemia #PencegahanDenggi #VaksinDenggi #KesihatanKanakKanak #PublicHealth #UM #PPUM #TNB #KomunitiSihat #AnakSihatMalaysiaSejahtera
You must be logged in to post a comment.