Berikut adalah tiga pandangan saya dari membanding statistik COVID-19 di Malaysia berbanding dengan 45 negara lain yang mempunyai jumlah penduduk> 30 juta dan berdasarkan data bertarikh 7 Jun 2021.
1) Jumlah kes baru harian telah meningkat dengan cepat sejak April yang lalu (2021). Pada 7hb Jun, Malaysia menduduki tempat ke-4 tertinggi untuk kes laporan harian di antara 46 negara yang mempunyai penduduk sebanyak 30 juta atau lebih. Walau bagaimanapun, Malaysia mempunyai kadar kematian kes yang terendah (% kes COVID-19 yang mati). Data ini menunjukkan bahawa sistem penjagaan kesihatan Malaysia telah menguruskan kes COVID-19 dengan sangat baik dan telah dapat menampung peningkatan pesat jumlah kes aktif selama beberapa bulan terakhir.
2) Malaysia menduduki tempat ketiga bila membandingi bilangan ujian pengesanan covid untuk setiap 1000 penduduk. Sistem kesihatan kita menjalankan lebih kurang 3.03 ujian untuk setiap 1000 penduduk. Pada masa ini, kadar positif ujian adalah 7.2% berbanding dengan 2.8% pada 9hb April 2021. Kenaikan peratus positif ujian dalam dua bulan in menunjukkan bahawa kemungkinan jumlah kes baru adalah lebih tinggi berbanding dengan yang dilaporkan.
3) Saya tidak biasa mengesyorkan intervensi total lockdown kerana kosnya sangat tinggi dari segi peribadi, psikologi, sosial dan ekonomi. Walau bagaimanapun, sekatan pergerakan penuh dan konsep duduk di rumah ini adalah wajar dan berpatutan berdasarkan penularan COVID-19 yang lebih meluas dalam komuniti pada masa ini dan kapasiti sistem perkhidmatan kesihatan negara telah berada dalam keadaan kritikal. Sekatan pergerakan penuh dapat mengekang penularan jangkitan wabak covid-19 dan mengurangkan beban sistem kesihatan dengan meratakan lekukan graf kes harian.
Notes:The estimates are 7-day rolling (moving) averages unless otherwise specified. This means that the estimates are averaged over the past 7 days.• Countries used for comparison: China, India, US, Indonesia, Pakistan, Brazil, Nigeria, Bangladesh, Russia, Mexico, Japan, Ethiopia, Philippines, Egypt, Vietnam, DR Congo, Turkey, Iran, Germany, Thailand, United Kingdom, France, Italy, South Africa, Myanmar, Kenya, South Korea, Colombia, Spain, Uganda, Argentina, Algeria, Sudan, Ukraine, Iraq, Afghanistan, Poland, Canada, Morocco, Saudi Arabia, Uzbekistan, Peru, Angola, Malaysia, Mozambique, and Ghana.• Analysis uses data dated 7 June 2021 from Our World in Data
Written by Sanjay Rampal
You must be logged in to post a comment.