Dalam satu temubual dengan AstroAwani, Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud, mengesa semua rakyat di negara ini agar tidak leka dan mengambil mudah prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Beliau berpendapatan bahawa pengamalan normal baharu perlu diamalkan dalam tempoh lebih setahun memandangkan masih tidak ada vaksin untuk penyakit terbabit.
“Ini bukan soal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP Bersyarat) diteruskan atau tidak tetapi apa yang lebih penting adalah agar kita semua tidak leka dan memandang remeh akan SOP yang ditetapkan serta normal baharu untuk kita lakukan dalam usaha mengelakkan jangkitan wabak ini. Sekiranya ada diantara kita menganggap SOP dan normal baharu itu sebagai menyusahkan, saya percaya ia boleh menyebabkan penularan jangkitan yang tinggi dalam tempoh tertentu,”
Awang Bulgiba Awang Mahmud
You must be logged in to post a comment.