Dalam satu temu bual dengan Berita Harian, Professor Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud menyifatkan jumlah pendatang asing tanpa izin (PATI) yang positif virus itu di Depoh Tahanan Imigresen (DTI) tinggi, namun punca sebenar jangkitan masih belum dapat dikenal pasti.
“Adakah PATI ini mendapat jangkitan sebelum atau selepas memasuki DTI? Jika PATI ini dapat jangkitan dari luar, bermakna berlaku penularan di luar, yang mungkin dalam kalangan warga asing lain.
“Selain itu, selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan, kebanyakan warga asing ini mula mencari pekerjaan dan kemungkinan mereka dijangkiti atau menjangkiti warga tempatan.
“Saya agak bimbang dengan penularan yang masih belum dikesan ini kerana seperti yang saya suarakan sebelum ini, warga asing terutama PATI ini takut untuk tampil menjalani saringan, antaranya tidak mahu ditahan pihak berkuasa,”
Dr Awang Bulgiba berkata, laporan Kementerian Kesihatan juga mendapati hampir 80 peratus daripada warga asing yang positif COVID-19 tidak bergejala, sekali gus menyukarkan mereka untuk menyedari yang mereka berisiko dijangkiti wabak berkenaan.
“Pekerja asing yang datang di negara ini adalah golongan muda yang kebanyakannya sihat dan tidak mempunyai penyakit kronik.
“Jadi kita risau, ada dalam kalangan mereka yang menjadi sumber kepada kes positif berkenaan,”
You must be logged in to post a comment.