Pada masa Perintah Kawalan Pergerakan yang disebabkan oleh COVID19, kehidupan kita semua sudah berubah. Ramai di antara kita telah mula norma baharu agar sesuai dengan keadaan semasa. Norma-norma baru itu merangkumi jarak sosial, kerap mencuci tangan dan memakai topeng muka semasa berada di khalayak ramai. Dalam satu temu bual dengan Selamat Pagi Malaysia, di RTM, Prof Madya Dr Rafdzah Ahmad Zaki berkongsi pandangannya mengenai mengapa norma baru perlu diteruskan selepas PKP dilongarkan and bagaimana kita boleh memutuskan rantaian jangkitan COVID19.
You must be logged in to post a comment.