Dementia di Malaysia…adakah kita bersedia?

Adakah dementia ini penyakit?

Dementia bukanlah proses penuaan yang normal. Ia merupakan suatu penyakit yang boleh menjejaskan fungsi otak secara berperingkat yang membawa kepada kemerosotan keupayaan otak untuk berfungsi dengan baik.

Dementia adalah satu istilah umum untuk sejenis penyakit pelbagai gejala yang disebabkan oleh kerosakan pada otak. Gejala penyakit dementia ini berlaku dengan cara yang berbeza, bergantung kepada bahagian-bahagian otak yang terjejas.

Apakah simptom-simptom utama mereka yang menghidap dementia?

Secara umumnya tanda-tanda dan gejala penyakit dementia ini adalah seperti berikut:

Apakah puncanya berlaku dementia?

Menurut kajian, berikut merupakan di antara beberapa faktor atau risiko yang mempengaruhi seseorang untuk mendapat dementia:

  • Sesetengah jenis dementia lebih tinggi di kalangan wanita.
  • Individu yang mengalami pelbagai penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, dan penyakit jantung.
  • Gaya hidup dan persekitaran.
  • Individu yang terencat akal atau mengalami masalah pembelajaran.
  • Faktor genetik atau keturunan.

Adakah orang muda juga boleh mengalami penyakit ini?

Anggaran peratusan risiko seseorang itu menghidap dementia adalah sebanyak 1.5% untuk mereka yang berumur 65 tahun ke atas dan akan berganda bagi setiap lima tahun usia meningkat. Malah, peratusan risiko meningkat kepada 30% bagi umur 85 tahun ke atas. Namun, dementia juga boleh berlaku dalam kalangan individu yang berumur kurang daripada 60 tahun.

Adakah dementia boleh dielakkan?

  • Tanda-tanda dan gejala penyakit dementia ini adalah berbeza bagi setiap individu.
  • Penjagaan kesihatan dan pencegahan dementia perlu dilakukan sepanjang hayat. (life-course approach towards dementia prevention.)
  • Pendekatan pencegahan dementia adalah sepanjang hayat. Sihat sepanjang hayat. Ceria sepanjang usia.

Malaysia dikatakan bakal berdepan dengan ramai penghidap dementia ini

National Health and Morbidity Survey atau Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi merupakan satu kajian atau survey yang dilakukan secara berkala untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan status kesihatan masyarakat di Malaysia.

Dapatan NHMS 2018 menunjukkan prevalen dementia secara keseluruhan ialah 8.5% (95% CI: 6.97, 10.22). Warga emas yang tinggal di bandar menunjukkan prevalen dementia yang lebih rendah iaitu 6.8% (95% CI: 5.11, 9.00) berbanding dengan mereka yang tinggal di luar bandar 12.9% (95% CI: 10.50, 15.84).

Didapati juga prevalen dementia di kalangan wanita adalah lebih tinggi berbanding lelaki [9.7% (95% CI: 7.66, 12.30) vs. 7.1% (95% CI: 5.53, 9.14)]. Mereka yang berkahwin mempunyai prevalen dementia yang lebih rendah 5.4% (95% CI: 4.31, 6.88). Mereka yang mempunyai tahap pendidikan yang lebih tinggi menunjukkan prevalen yang lebih rendah iaitu 22.0% (95% CI: 17.36, 27.55) dikalangan mereka yang tiada pendidikan formal berbanding dengan mereka yang mempunyai tahap pendidikan menengah 4.4% (95% CI: 2.46, 7.64).

Warga emas yang tidak bekerja atau telah bersara mempunyai prevalen yang lebih tinggi iaitu 15.2% (95% CI: 12.29, 18.72). Prevalen ini juga adalah sejajar dengan pendapatan individu. Prevalen adalah 4 tinggi di kalangan mereka yang mempunyai pendapatan yang rendah, kurang daripada RM1000 sebulan 11.8% (95% CI: 9.41, 14.69), dan prevalen ini menurun apabila pendapatan mereka meningkat.

Nasihat kepada masyarakat umum

Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang optimum dan terbaik, merupakan intipati dan penentu utama kualiti kehidupan seseorang.

An important determinant of quality of life is the optimal function of physical and mental health.

Oleh sebab itu, Penjagaan kesihatan dan pencegahan penyakit dementia ini perlu dilaksanakan sepanjang hayat. Agar kita kekal ceria sepanjang usia.

Dapatkan e-book Ceria Sepanjang Usia di laman web The Malaysian Medical Gazette, satu online hub yang dibangunkan oleh doctor, pakar perubatan dan pakar kesihatan untuk menyebarkan maklumat yang sahih kepada masyarakat umum.

SINOPSIS: E-book ini bertujuan memberikan pendedahan dan pengetahuan asas kepada umum mengenai tips yang praktikal dalam penjagaan Warga Emas secara am, tips berkomunikasi dengan Warga Emas, dan panduan senaman untuk Warga Emas.

Saksikan Profesor Madya Dr Farizah Mohd Hairi, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya dalam rakaman sedutan khas rancangan Malaysia Hari Ini di saluran YouTube TV3 berkenaan topik “Demensia…adakah Malaysia bersedia?” pada hari Khamis, 16 Jun 2022 jam 9.00 pagi (slot siaran langsung jam 9.30 pagi).

Artikel ini telah dikarang oleh Profesor Madya Dr Farizah Mohd Hairi, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya,

Rujukan

Institute for Public Health (IPH), National Institutes of Health, Ministry of Health Malaysia. 2019. National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2018: Elderly Health. Vol. II: Elderly Health Findings, 2018. 182 pages.
https://iku.moh.gov.my/images/IKU/Document/REPORT/NHMS2018/NHMS2018ElderlyHealthVolume2.pdf

Cadar D (2017) A Life Course Approach to Dementia Prevention. J Aging Geriatr Med 1:2.
https://www.scitechnol.com/peer-review/a-life-course-approach-to-dementia-preventiondA9o.php?article_id=6111

Oh hi there 👋
It’s nice to meet you.

Sign up to receive an awesome Newsletter in your inbox, every month.

We don’t spam! We only sent out Monthly Newsletter