Ada apa dengan “Generational End-Game”?

Baru- baru ini YB Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin dalam kenyataan beliau bertarikh 15 Januari 2022, telah mengumumkan berkaitan mewujudkan sebuah generasi baru yang bebas daripada tabiat merokok termasuk penggunaan vape, iaitu melalui Generational End-Game.

Secara umumnya, “Generational End-Game” bermaksud kita akan melakukan suatu “Pemutusan Generasi” di mana terdapat suatu generasi yang tidak lagi akan terdedah kepada produk-produk merokok. Dan perlindungan terhadap generasi ini akan berlanjutan terhadap generasi seterusnya sehingga akhir hayat mereka.

Usaha murni ini disambut baik, amat disokong dan dipuji. Konsep “Generational End-Game” ini sebenarnya bukanlah suatu perkara yang baru terutama dalam Kesihatan Awam. Konsep ini sebenarnya boleh dilihat dalam kawalan penyakit berjangkit di mana jika terjadi suatu wabak (contohnya COVID-19), antara perkara yang utama yang perlu dilakukan adalah dengan memisahkan mereka yang telah terdedah kepada penyakit tersebut daripada mereka yang belum terdedah. Tetapi bagi penyakit tidak berjangkit, pengasingan ini dilakukan dengan mengawal generasi yang belum terdedah kepada produk merokok ini daripada terdedah kepada produk merbahaya ini dengan mengadakan undang-undang yang mengawal mereka dari memiliki dan merokok. Pada masa yang sama, iklan serta promosi yang mendedahkan mereka kepada produk merokok perlulah dikawal. Perkara ini termasuklah ”display ban” dimana produk yang dijual di kedai mestilah tanpa paparan iklan yang dapat menarik minat generasi yang bakal dilindungi.

Dengan tidak terdedahnya generasi baharu ini kepada produk merokok dan vape, jumlah perokok pastinya akan berkurang dan akan memberi manfaat yang sangat besar kepada negara.

Sesi temu bual Bernama Radio bersama Profesor Madya Dr Farizah Mohd Hairi

Ikutilah sesi temu bual radio Profesor Madya Dr Farizah Mohd Hairi, Pakar Perubatan Kesihatan Awam mengenai Generation End-Game – Generasi Tidak Kenal Rokok.

#BernamaRadio #TemuBualRadio #StesenBeritaBisnesPilihanAnda

Subscribe to our newsletter

Sign up to receive an awesome Newsletter in your inbox, every month.

We don’t spam! We only sent out Monthly Newsletter