Pada satu temubual bersama Azura Mokhtar dalam Koresponden-Bernama, Professor Dr Victor Hoe berbicang mengenai isu-isu COVID-19.
1) Boleh Prof jelaskan serba ringkas mengenai Sporadik.
- Sporadik adalah kes-kes COVID-19 yang dapat dikesan yang bukannya dari process siasitan kes dan jejak kontak rapat atau kes-kes yang mana kita tidak boleh kiatkan dengan kes-kes yang lain.
2) Kes sporadik menyumbang kepada peningkatan kes baharu COVID-19 termasuk kes kematian akibat Covid-19. Bermakna kadar kebolehjangkitan tinggi dan cepat, secara saintifiknya, bagaimana ianya boleh berlaku?
- Situasi semasa di mana terdapat banyak kes sporadik adalah disebabkan oleh beberapa faktor.
- Kes sporadik boleh berlaku apabila kita tidak dapat melakukan jejak kontak yang menyeluruh untuk mengenal pasti semua kontak rapat pesakit COVID-19.
- Kontak-kontak itu mungkin sudah ada COVID-19 dan dapat menyebarkan penyakit ini kepada orang lain, kerana kontak rapat yang positif COVID tidak kautantinkan.
- Kita tahu bahawa lebih dari 80% pesakit yang dapat penyakit COVID-19 tidak menunjukkan sebarang gejala, namun mereka boleh terus menyebarkan penyakit ini kepada orang lain.
- Varian SARS-CoV-2 semasa juga lebih mudah menular dan bersebar.
- Semua faktor ini menyebabkan peningkatan jumlah kes di Malaysia.
3) Bagaimana caranya kita hendak membendung kes sporadik ini?
- Untuk membendung kes sporadic ini, jejak kontak rapat perlu dipertingkatkan dan menyeluruh. Kita perlu mengenal pasti semua kontak rapat kes COVID dan kontak rapat ini perlu di kuarantikan.
- Selain dari itu kita mesti memastikan semua orang sentiasa mematuhi SOP.
- Kita mesti faham bahawa lebih dari 80% pesakit yang dapat penyakit COVID-19 tidak menunjukkan sebarang gejala, namun mereka masih boleh terus menyebarkan penyakit ini kepada orang lain.
- Varian SARS-CoV-2 semasa juga lebih mudah menular dan bersebar.
- Selain dari itu kita mesti meningkatkan program Vaksin COVID-19.
4) Virus COVID-19 bukan sahaja merebak melalui titisan air atau droplets tetapi kini terdapat jangkitan melalui udara, pendapat prof, cadangan langkah bagi mengatasi jangkitan melalui udara, selain pematuhan SOP?
- SOP semasa sudah mencukupi untuk mengawal pandemi COVID-19, sama ada ia boleh merebak melalui titisan air atau penularan melalui udara.
- Kita harus memakai topeng muka, memastikan jarak fizikal sekurang-kurangnya 1 meter, dan sentiasa membersihkan tangan.
- Kita harus jauhi kawasan yang sesak (crowded areas), elakkan ruang sempit (confined spaces), dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (close conversation).
- Selain dari itu kita boleh meningkatkan sistem ventilasi atau pengudaraan ketika kita berada di dalam bangunan.
- Sekiranya keadaan mengizinkan, kita harus membuka tingkap dan membiarkan udara segar masuk ke dalam bilik.
- Kita harus memahami peranan sistem penyaman udara.
- Di ruangan yang menggunakan unit split aircon, biasanya tidak ada udara segar, kerana kebanyakan split aircon tidak menarik udara segar dari luar.
- Jadi, udara yang kita hirup adalah dikitar semula.
- Dalam keadaan ini terdapat dua perkara yang boleh kita lakukan.
- Sekiranya keadaan mengizinkan, kita boleh membuka pintu atau tingkap untuk membiarkan udara segar.
- Namun, jika ada batasan untuk kita membuka tingkap atau pintu, kita boleh menggunakan penapis HEPA untuk menyaring bahan tercemar.
- Penapis HEPA dengan nilai H13 dan ke atas adalah mencukupi untuk menyaring virus COVID-19.
- Bilik yang dibekalkan oleh unit pendingin udara berpusat adalah lebih baik, kerana ia menarik udara segar dari luar.
- Selain memahami jenis pendingin udara, kita juga harus memahami bagaimana udara mengalir di dalam bilik. Perkara ini lebih rumit dan tidak mudah dijelaskan dalam sesi ini.
5) Sekiranya kadar kebolehjangkitan masih tinggi akibat masyarakat kita tidak mengambil serius pematuhan SOP dan sebagainya, apakah impak pada kesihatan dan kesejahteraan komuniti kita?
- Kita mesti memahami bahawa pematuhan kepada SOP adalah penting untuk kita memutuskan penyebaran COVID-19. Kita mesti sentiasa mematuhi SOP.
- Kita mesti faham bahawa lebih dari 80% pesakit yang dapat penyakit COVID-19 tidak menunjukkan sebarang gejala, namun mereka masih boleh terus menyebarkan penyakit ini kepada orang lain.
- Varian SARS-CoV-2 semasa juga lebih mudah menular dan bersebar.
- Jikalau kes-kes COVID-19 terus meningkat, ia boleh mejejaskan perkhitmatan kesihatan Negara. Ia akan memanjangkan tempoh PKP dan ini akan memberi kesan kepada kesihatan mental.
6) Kata-kata dari Prof , bagaimana kita boleh menang dalam membasmi wabak Covid 19?
- Pandamik COVID-19 akan berada dengan kita untuk jangka masa yang berpanjangan.
- Walau pun kes-kes COVID-19 di negara kita menurun, jikalau kes-kes di negara-negara jiran dan negara-negara lain masih ada, kes-kes ini boleh merebak ke negara kita.
- Satu-satunya cara kita untuk mengawal pandemi COVID-19 adalah dengan memvaksinkan sekurang-kurangnya 80% penduduk di Malaysia secapat mungkin supaya kita bolem mencapai ‘herd immunity’. Pada masa yang sama kita perlu menuruskan dengan SOP yang sedia ada.
You must be logged in to post a comment.