COVID-19: Bertindak Segera Untuk Mengelakan Gelombang Keempat – Hoe VC dalam Buletin Utama TV3

Dalam satu temubual dengan Buletin Utama TV3, Professor Dr Victor Hoe berbincang mengenai bagaimana mengawal peningkat kes-kes COVID-19.

Prof Victor Hoe berkata, “Daripada laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bilangan kes-kes COVID-19 adalah semakin meningkat. Trend semasa menunjukkan trajektori kes akan terus meningkat sekiranya kita tidak bertindak dengan segera untuk mengurangkan penlurarannya.

“Pada pandangan saya, kita perlu mengkaji semula SOP yang sedia ada. SOP restauran dan tempat makan perlu dikaji semula.

“Sekarang tempat-tempat ini dibenarkan untuk beroperasi dengan kapasiti penuh. Kita faham bahawa bila kita berada di restauran dan tempat-makan, kita perlu tangalkan pelitup muka. Ini adalah satu cara di mana penyakit COVID-19 boleh merebak.

“Berkenaan dengan kluster pasar Ramadan, kita harus melihat dari sisi positif bahawa aplikasi MySejetra adalah berkesan. Ini adalah kerana semua kes ditelusuri kembali ke pasar ramadan melalui aplikasi MySejetra. Apa yang kita perlu lakukan adalah menggunakan aplikasi MySejera untuk mengesan semua orang yang pernah ke pasar ramadan tersebut dan Kuarantin kontak-kontak rapat.

“Oleh kerana hanya 22 pasar Ramadan sahaja yang terjejas, kita perlu melakukan siasatan menyeluruh untuk mengenal pasti penyebabnya. Hanya setelah kita memahami punca-penyebabnya, baru kitab oleh mengubah SOP.

“Kami semua mesti memastikan bahawa kita terus mengikuti SOP kerana kes COVID-19 masih berada di kalangan masyarakat kita.”

Subscribe to our newsletter

Sign up to receive an awesome Newsletter in your inbox, every month.

We don’t spam! We only sent out Monthly Newsletter