PKP 2.0 – ANTARA PEMATUHAN DAN PEMAHAMAN SOP MENENTANG COVID-19

Penularan COVID-19 di Malaysia kini berada pada tahap yang membimbangkan. PKP bersasar yang dilaksanakan kali ini menjadi sandaran untuk mengekang jangkitan virus SARS-CoV-2 daripada terus mengancam kesihatan dan keselamatan rakyat di negara ini. Setelah melalui tempoh yang amat menyukarkan hampir sepanjang tahun 2020 sejak PKP yang pertama dilaksanakan, mengapa kita kembali ke tahap ini?

Cukupkah kita sekadar akur sahaja terhadap perintah dan arahan yang dikuatkuasakan, tanpa cuba untuk memahami sebab musababnya, dan implikasinya terhadap diri sendiri dan masyarakat?

Hal ini akan sama-sama kita bincangkan dalam program Dalam Radar kali ini. Dengan topik “PKP 2.0 – Antara Pematuhan dan Pemahaman SOP Menentang COVID-19”, kita bersama Prof. Dr. Victor Hoe Chee Wai Abdullah, Ketua Unit Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Subscribe to our newsletter

Sign up to receive an awesome Newsletter in your inbox, every month.

We don’t spam! We only sent out Monthly Newsletter