Bicara BH: Dilema antara kesihatan rakyat, ekonomi negara

Forum intelektual Bicara BH kembali dan kali akan mengupas dilema besar yang tercetus selepas penularan pandemik memasuki gelombang ketiga, dengan angka kes positif baharu saban hari semakin meningkat. Bicara BH bersiaran secara berlangsung melalui Facebook dan Youtube Berita Harian Online jam 10.30 pagi Jumaat ini, dengan tajuk dipilih ‘COVID-19: Kesihatan Rakyat atau Ekonomi Negara’.

Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud bersama dengan Prof Dr Jamal Othman seorang Profesor Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang juga Ketua Kluster Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial Akademi Profesor Malaysia akan berbicang dalam Bicara BH pada 16hb Oktober 2020.

Subscribe to our newsletter

Sign up to receive an awesome Newsletter in your inbox, every month.

We don’t spam! We only sent out Monthly Newsletter