Demensia – penyakit tiada ubat

Dalam satu temubual dengan Utusan Malaysia, Prof Dr Farizah Hairi menerangkan mengenai penyakit demensia. Demensia bermaksud penyusutan daripada segi kemampuan minda. Beliau berbincang mengenai punca, statistik, tanda-tanda, kaedah rawatan dan kaedah pencegahan dan rehabilitasi.

Diantara tanda-tanda Demensia adalah:

  • Kemerosotan daya ingatan dan daya fikir.
  • Kesukaran menjalani urusan harian.
  • Masalah berkomunikasi dan memahami maklumat.
  • Keliru tentang masa, tempat, dan keadaan.
  • Perubahan sikap dan tingkah laku.
  • Perubahan minat dan cita rasa.

Kaedah yang kita boleh lakukan untuk pencegahan penyakit demensia adalah melakukan aktiviti merangsang minda seperti bermain catur, membaca dan sebagainya. Mengamalkan cara hidup sihat boleh juga mengurangkan risiko mendapat demensia.

Subscribe to our newsletter

Sign up to receive an awesome Newsletter in your inbox, every month.

We don’t spam! We only sent out Monthly Newsletter