Dalam satu temubual dengan Berita Harian, Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud menyatakan saringan suhu badan bagi mengekang penularan COVID-19 hanya perlu dilakukan di pintu utama pusat membeli-belah saja, dan tidak perlu dilakukan di semua premis perniagaan di situ.
Beliau juga menyatakan pihak pengurusan pusat membeli-belah mestikan memastikan yang alat pengesan suhu badan yang digunakan memenuhi piawaian supaya kita yakin bacaan suhu yang diberikan.
Dr Awang Bulgiba menjelaskan, bagi premis perniagaan, langkah yang perlu dilakukan adalah mewajibkan pengunjung membuat imbasan Kod QR melalui aplikasi MySejahtera atau mencatatkan nama dan nombor telefon, bagi rekod untuk pengesanan kontak jika terdapat kes COVID-19 dilaporkan di mana-mana premis.
Beliau juga berkata pemilik premis perlu mewajibkan pengunjung memakai pelitup muka dan melakukan sanitasi tangan. Premis perniagaan itu sendiri juga perlu melakukan sanitasi persekitaran dan peralatan, manakala pekerja premis memakai pelitup muka dan sentiasa melakukan sanitasi tangan.
Beliau meggalakkan supaya jangan menggunakan wang tunai, sebaliknya menggunakan kad kredit atau debit, atau melalui e-dompet untuk meminimumkan risiko penyebaran jangkitan.
You must be logged in to post a comment.