Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat telah dilanjutkan lagi mulai 12 Mei 2020 sehingga 9 Jun 2020.
Keadaan ini memaksa kita semua untuk mengubah cara kehidupan kita mulai sekarang sehingga suatu masa yang akan datang.
Sehingga bila? Selama manakah?
Kami masih juga tertanya-tanya soalan yang sama, namun masih tidak menemui jawapan yang tepat lagi.
Yang pasti, mulai detik ini, kita hendaklah mengamalkan tiga serangkai dan mengelakkan 3C.
Apakah tiga serangkai tersebut?
- Mempraktikkan amalan kebersihan diri dan tangan, iaitu kerap membasuh tangan dengan betul dengan air dan sabun, atau dengan hand sanitizer.
- Menggunakan topeng muka.
- Mengamalkan penjarakan sosial, sekurang-kurangnya menjaga jarak di antara kita satu meter daripada satu orang dengan orang yang lain.
Apakah 3 C pula?
- Elakkan berada di kawasan yang sesak atau ramai orang (crowded area)
- Elakkan berada di dalam kawasan yang tertutup atau sempit (confined space)
- Elakkan bercakap atau sembang pada jarak yang dekat iaitu kurang dari satu meter (close conversation)
Bacaan lanjut di Malaysia Gazette
You must be logged in to post a comment.