Dalam satu temu bual dengan Ahamad Suhael Adnan di Berita Harian online, Professor Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud berkata trend penurunan itu tidak boleh diukur dalam tempoh dua atau tiga hari, sebaliknya perlu selaras dengan tempoh inkubasi virus COVID-19 iaitu selama 14 hari. Dia teruskan, “Sudah tentu paling ideal ialah kes menurun hingga angka kosong dalam tempoh dua minggu, tetapi itu tidak realistik. Namun kita boleh jadikan penurunan kes baharu COVID-19 berbanding kes sembuh, sebagai antara petanda menggambarkan jumlah kes aktif serta bilangan individu yang memerlukan rawatan semakin berkurangan. Jika PKP ditamatkan berdasarkan penurunan kes selama beberapa hari sahaja, saya khuatir ia tidak menggambarkan situasi sebenar dan berisiko untuk berlaku semula jangkitan dan kluster baharu hingga PKP terpaksa dilaksanakan semula.”
You may also like
The Participatory Action Research Through Negotiation And Empowerment of the Residents (PARTNER) project was selected by the Wellness Research Cluster, Institute of […]
In an interview with the China Press, Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud stresses that we must continue to follow the […]
The term “False Sense of Security” has been thrown around a lot during the current COVID-19 pandemic. Because there is so much […]
Dalam satu temubual dengan AstroAwani, Datuk Profesor Awang Bulgiba Awang Mahmud mengenai syarat-syarat untuk sekolah dan istitute pengajian tinggi untuk dibuka semula. […]
You must be logged in to post a comment.