PRN Sabah: Sedia peruntukan khas asingkan pesakit COVID-19

Dalam satu temubual dengan Latifah Arifin dari Berita Harian, Prof Dr Noran Naqiah Hairi berkata memandangkan bilangan kes COVID-19 semakin meningkat di Sabah, proses mengundi harus dijalankan dengan SOP atau garis panduan yang lebih ketat daripada biasa.

Diantara cadangan yang disyorkan ialah membolehkan pesakit COVID-19 mengundi melalui undian pos, dan proses pengundian dijalankan secara berperingkat iaitu selama beberapa hari.

Beliau turut menegaskan, PRN Sabah kali ini perlu memfokuskan kepada proses pengundian yang lancar dan selamat khususnya tidak menjadi penyumbang kepada peningkatan kes COVID-19 di negeri itu.

Subscribe to our newsletter

Sign up to receive an awesome Newsletter in your inbox, every month.

We don’t spam! We only sent out Monthly Newsletter