Syor PKP dilonggar untuk beberapa sektor

Dalam satu temu bual dengan BH Online, Dr Awang Bulgiba menegaskan, sebarang keputusan untuk melonggar atau menamatkan PKP bukan saja bergantung pada statistik kes, tapi juga penilaian terhadap risiko jangkitan COVID-19 kembali menular di negara ini. Antara kaedah menilai risiko penularan semula wabak itu adalah memastikan kes sembuh mengatasi kes baharu secara berterusan sehingga hari terakhir PKP.

Katanya, kerajaan boleh memberi kelonggaran dengan membenarkan beberapa lagi sektor industri dan perniagaan yang penting kepada ekonomi dan kehidupan awam, untuk beroperasi dengan syarat ketat. Namun, kebenaran untuk beroperasi ini mesti dilakukan secara berfasa dan bukan serentak, serta bergantung kepada taksiran risiko, sama ada sesuatu industri itu berisiko tinggi atau tidak untuk menyebabkan jangkitan semula COVID-19. Pada masa sama, kerajaan perlu beri insentif untuk menggalakkan syarikat melaksanakan dasar bekerja dari rumah, untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Bagaimanapun, beliau menegaskan kekangan terhadap orang awam seperti mengadakan perhimpunan, termasuk solat tarawih, kenduri kahwin atau himpunan sosial, perlu kekal untuk tempoh antara enam hingga 12 bulan selepas PKP dilonggarkan atau ditamatkan.

Subscribe to our newsletter

Sign up to receive an awesome Newsletter in your inbox, every month.

We don’t spam! We only sent out Monthly Newsletter