Kenyataan Media: Gerakan Penuntut Sarjana Kesihatan Awam Universiti Malaya Berkaitan Isu Pengecualian Cecair dan Gel Nikotin Daripada Akta Racun 1952

Kerajaan Malaysia telah mengeculikan cecair dan gel nikotin daripada Akta Racun 1953. Sekumpulan penuntut sarjana kesihatan awam dari Universiti Malaya telah mengadakan satu sidang media pada 7hb April 2023 di Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pecegahan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya. Didalam sidang media tersebut mereka telah mengeluarkan kenyatan media.

KENYATAAN MEDIA

  1. Nikotin adalah RACUN. Ia adalah bahan kimia beracun semulajadi yang terdapat dalam tumbuhan tembakau. Keracunan nikotin merujuk kepada kesan toksik daripada pengambilan nikotin. Keracunan nikotin adalah akibat daripada mempunyai terlalu banyak nikotin dalam badan anda. Sehingga baru-baru ini, keracunan nikotin jarang berlaku. Kebanyakan kes berpunca daripada penggunaan nikotin sebagai racun serangga, pengambilan tembakau secara tidak sengaja atau pengambilan tumbuhan yang mengandungi nikotin. Baru-baru ini keracunan nikotin telah menjadi kebimbangan yang semakin meningkat kerana produk nikotin baharu di pasaran, terutamanya rokok elektronik (e-cigarete) dan nikotin cecair tulen. Kepekatan nikotin dalam produk cecair adalah lebih tinggi daripada kebanyakan produk tembakau lain.
  2. Nikotin adalah bahan kimia yang BOLEH MEMBUNUH. Menurut National Institute of Occupational Safety and Health (NIOSH), Centre of Disease Control and Prevention (CDC), dos maut nikotin yang disedut ialah 50 hingga 60 mg/kg pada orang dewasa 70 kg. Menurut American Academy of Pediatrics, hanya satu sudu teh nikotin cecair boleh membawa maut kepada kanak-kanak seberat 11 kg. Malah nikotin cecair yang tertumpah pada kulit boleh menjadi beracun dalam beberapa minit.
  3. Nikotin adalah bahan kimia yang SANGAT KETAGIH. Nikotin adalah bahan toksik semulajadi yang terdapat dalam produk tembakau. Ia juga bahan kimia yang menjadikan produk tembakau ketagihan.
  4. Nikotin adalah bahan kimia yang SENANG DISERAP DALAM BADAN. Ia boleh diserap kedalam badan melalui penyerapan melalui kulit, penyedutan ke dalam paru-paru, dan penyerapan melalui selaput lendir mulut anda dan melalui usus.
  5. Oleh kerana sebab-sebab yang di seneraikan diatas, kami sebagai penuntut-penuntut Sarjana Kesihatan Awam Universiti Malaya TIDAK BERSETUJU dengan keputusan Kerajaan untuk mengecualikan bahan cecair dan gel nikotin daripada senarai bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952 tanpa ada kawalan khusus untuk menghalang aktiviti promosi, pengiklanan, penjualan dan penggunaan bahan beracun secara berleluasa di pasaran.
  6. Ini juga merupakan LANGKAH KE BELAKANG berbanding negara-negara jiran yang lain seperti Singapura, Thailand, Brunei dan 34 negara lain yang mengambil pendekatan mengharamkan sepenuhnya vape (Total ban of vape) bagi melindungi rakyatnya terutama generasi muda daripada ketagihan nikotin.
  7. Kami sebagai pegawai perubatan dan anggota kesihatan bersekutu berpegang kepada etika “First do no harm”.  
  8. Kami menyokong nasihat pakar Lembaga Racun yang sebulat suara tidak bersetuju dengan tindakan ini yang sekaligus mengancam nyawa dan keselamatan seluruh rakyat Malaysia terutamanya golongan kanak-kanak dan remaja yang merupakan generasi pelapis negara.
  9. Kami jugamendesak agar Rang Undang-Undang (RUU) untuk kawalan produk merokok dan vape serta peruntukan Generational End Game (GEG) dibentang dan diluluskan dengan secepat mungkin.
  10. Akhir sekali, kami juga akan terus menjalankan tanggungjawab kami sebagai pengamal perubatan dan anggota kesihatan bersekutu dalam memastikan kesihatan seluruh rakyat Malaysia terus terpelihara.

Keracunan nikotin boleh berlaku dalam dua peringkat: fasa awal dan fasa lewat:

Gejala fasa awal selepas pengambilan termasuk:

  1. Peningkatan air liur.
  2. Sakit perut.
  3. Pucat.
  4. Berpeluh.
  5. Peningkatan tekanan darah.
  6. Kadar denyutan jantung meningkat.
  7. Pernafasan cepat dan berat (hyperpnea).
  8. Kehilangan kawalan penuh pergerakan badan (ataxia), kehilangan keseimbangan, kesukaran berjalan.
  9. Gegaran.
  10. Sakit kepala, pening.
  11. Kedutan otot.
  12. sawan.

Gejala fasa lewat termasuk:

  1. Cirit-birit.
  2. Tekanan darah rendah (hipotensi) dan kadar denyutan jantung perlahan (bradikardia).
  3. Irama jantung yang tidak normal.
  4. Terkejut.
  5. Koma.
  6. Kelemahan otot/lumpuh.
  7. Pernafasan cetek, kesukaran bernafas, kegagalan pernafasan.

Sekian, terima kasih.

“MEWUJUDKAN MASA HADAPAN KESIHATAN AWAM”

Sekretariat Gerakan Penuntut Sarjana Kesihatan Awam

Universiti Malaya

7 April 2023

Kenyataan Media telah diterbitkan dalam media-media berikut:

Subscribe to our newsletter

Sign up to receive an awesome Newsletter in your inbox, every month.

We don’t spam! We only sent out Monthly Newsletter