Membina Juara: Isu Nutrisi Remaja

Usia remaja merupakan satu tempoh penting bagi perkembangan kesihatan secara keseluruhan termasuk pemakanan, keperibadian dan fizikal  diri seseorang sebelum melangkah ke alam dewasa. Dalam usia sebegini, remaja memerlukan sumber tenaga dan nutrien yang mencukupi dan berkualiti untuk kekal sihat dan aktif dalam menjalani kehidupan seharian. Pengambilan dan amalan pemakanan yang sihat dan ideal bukan sahaja dapat memastikan remaja kekal sihat dan bertenaga, malah dapat menangani masalah obesiti, kekurangan nutrisi, dan mengurangkan risiko penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan penyakit tidak berjangkit yang lain.

Menurut kajian yang dijalankan, peratusan individu obesiti dan masalah nutrisi dikalangan remaja di negara ini juga di tahap yang membimbangkan. Mengapa hal ini terjadi? Apakah puncanya?

Ikuti temu bual eksklusif dalam segmen rancangan “Membina Juara – Melindungi Remaja: Isu Nutrisi Remaja” di DidikTV bersama Pengacara Sharifah Aleya dan Profesor Madya Dr Hazreen Abdul Majid, Pakar Perunding Dietetik dari Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya.

Subscribe to our newsletter

Sign up to receive an awesome Newsletter in your inbox, every month.

We don’t spam! We only sent out Monthly Newsletter