Berita Perdana- Saringan COVID-19 Pekerja Asing ASING

Dr Tharani Loganathan, Pakar Kesihatan Awam dari Universiti Malaya telah ditemuduga untuk RTM Berita Perdana tentang keperluan saringan COVID-19 bagi perkerja asing pada 29 Novemeber 2020. Disertakan adalah teks ucapan beliau:

COVID-19 adalah virus yang tidak tengok bangsa, warganegara atau agama. Walaubagaimanapun, pekerja asing di Malaysia hidup di tempat tinggal yang dalam keadaan sesak, tidak bersih dan tidak sihat. Keadaan ini menyebabkan pengamalan SOP mustahil, iaitu menjaga jarak fizikal dan kebersihan tangan dsb susah dilakukan – dan memungkinkan penyebaran COVID-19 dengan mudah. Oleh sebab itu, Kerajaan mengambil langkah untuk mencegah penularan COVID di tempat tinggal atau asrama pekerja asing

Majikan harus memberikan kemudahan tempat tinggal dan keperluan asasi yang penting untuk kesihatan (seperti yang dinyatakan dalam pindaan pada AKTA STANDARD MINIMUM PERUMAHAN DAN KEMUDAHAN PEKERJA 1990 (Akta 446). Iaitu memastikan minimum jarak untuk setiap pekerja individu di tempat tinggal, keperluan minimum untuk tempat tidur untuk setiap pekerja individu, serta keperluan minimum untuk tandas dan kemudahan mencuci, ruang memasak dan ruang makan Bersama

Oleh sebab risiko tinggi jangkitan, Majikan harus memastikan bahawa pekerja asing adalah bebas daripada virus COVID-19 sebelum dibenarkan keluar berkerja. Itu sebab kerajaan telah menyeleru pihak majikan perkerja asing, terutamanya dari industry pembinaan, pembuatan (manufacturing) dan keselamatan, untuk menjalankan ujian COVID kepada setiap pekerja asing sebelum dibenarkan pulang kerja.

Namun, satu ujian COVID sahaja adalah tidak mencukupi.
Ujian COVID harus dilakukan secara rutin, setiap 14 hari untuk memastikan tenaga kerja adalah bebas dari jangkitan virus COVID-19.

Subscribe to our newsletter

Sign up to receive an awesome Newsletter in your inbox, every month.

We don’t spam! We only sent out Monthly Newsletter