COVID-19: Gunakan petunjuk lebih baik

Dalam satu temubual dengan Berita Harian mengenai PKPP, Professor Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud berpendapat sesuatu keputusan untuk mengubah PKPP perlu berdasarkan indeks berkenaan dan mengambil kira keadaan geografi serta demografi sesuatu kawasan.

Beliau berkata kerajaan perlu mengunakan pentunjuk yang lebih baik dalam menentukan kategori zon bagi sesuatu kawasan penularan COVID-19.

Beliau berpendapat pendekatan sedia ada bagi menentukan kategori Zon Merah, Kuning atau Hijau adalah terlalu simplistik.

Pendekatan ini tidak menggambarkan keadaan sebenar kerana perbezaan ketara dari segi bilangan penduduk serta kemudahan kesihatan sedia ada. Selain itu, ia tidak menggambarkan kadar kenaikan kes atau betapa seriusnya penyakit dalam sesuatu kawasan.

Beliau berkata kita boleh guna cara-cara lain, diantaranya adalah

  • maklumat masa berganda atau masa menjadi separuh (doubling time atau halving time) bagi menunjukkan kadar kenaikan atau penurunan kes;
  • nisbah antara kes baharu dan discaj serta peratusan penggunaan katil bagi menunjukkan kemampuan fasiliti kesihatan dalam pengendalian kes;
  • peratusan kes pada setiap tahap klinikal untuk menunjukkan keseriusan penyakit;
  • kadar nilai kebolehjangkitan (Rt) untuk lokaliti dan kluster; dan
  • model korelasi spatio-temporal serta genotaip virus.

Subscribe to our newsletter

Sign up to receive an awesome Newsletter in your inbox, every month.

We don’t spam! We only sent out Monthly Newsletter