Kebimbangan Terhadap Kemampuan Menangani Peningkkatan kes COVID-19 di Sabah

Dalam satu temubual dengan the Malaysian Insight, Professor Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud menyatakan kebimbangan terhadap kemampuan pihak berkuasa kesihatan menangani peningkkatan kes di Sabah.

Beliau berkata dengan leih 3,000 kes aktif di Sabah, jika bilangan kes terus meningkat dan kemudahan perubatan dan kesihatan tidak bertambah, maka mereka pasti akan terkesan dalam beberapa minggu. Ini adalah kerana katil khusus untuk COVID-19 dan katil di ICU sedang dipenuhi.

Faciliti yang terdekat untuk memindahkan pesakit adalah di negeri Sarawak, namun ia agak jauh.

Tambahnya, menambah alat bantuan pernafasan sahaja tidak memadai kerana setiap katil di ICU memerlukan empat jururawat dan banyak peralatan.

Beliau berpendapatan jikalau penularan kes di komuniti tidak berkurangan, maka isu ini akan berlaku dalam beberapa minggu. Ini adalah kerana sudah ada penularan komuniti yang meluas di Sabah, yang mungkin berpunca dari negara-negara jiran. Ini katanya, diburukkan lagi oleh ketidakpatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) sepanjang pilihan raya negeri bulan lalu. 

Dia terus berkata bahawa perjuangan sebenar adalah untuk menghalang penularan komuniti. Lebih ramai petugas mesti dihantar untuk membantu menghentikan penularan komuniti kerana ini akan menjadi kunci untuk menghentikan wabak itu. Kita perlukan pengesanan kontak secara agresif, ujian saringan dan kuarantin.

Prof Awang terus dengan pesanan untuk mengadakan sistem pengawasan yang menggunakan semua klinik kementerian yang memiliki akses Internet dengan data yang dianalisis secara masa nyata oleh CPRC (Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis). Pangkalan data dapat menggunakan sistem E-Covid yang telah diwujudkan dan sistem ini akan mengambil corak luar biasa penyakit berkaitan pernafasan di klinik-klinik ini. Ujian dan pengasingan yang disasarkan kemudian dapat dilakukan di daerah-daerah yang menunjukkan pola yang luar biasa sehingga penularan komuniti dapat dihentikan pada tahap awal. Beliau berharap ini dapat dilakukan untuk seluruh negara.

Subscribe to our newsletter

Sign up to receive an awesome Newsletter in your inbox, every month.

We don’t spam! We only sent out Monthly Newsletter