Penurunan Kes COVID-19 di Sabah dan Selangor akan mengambil masa

Dalam satu temubual dengan Zulkifli Manzor dari Kosmo!, Professor Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud berkata, penurunan kes COVID-19 di Sabah mungkin hanya dapat dilihat dalam tempoh enam hingga lapan minggu. Ini adalah berdasarkan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB), walau bagaimanapun ia juga akan bergantung kepada tahap pematuhan orang ramai terhadap SOP yang ditetapkan.

Kata beliau, penurunan kadar jangkitan Covid-19 di Selangor pula mungkin dapat dilihat dalam tempoh empat hingga enam minggu. Beliau berharap hasil daripada PKPB, kawasan hijau di Selangor tidak bertukar kepada kuning.

Subscribe to our newsletter

Sign up to receive an awesome Newsletter in your inbox, every month.

We don’t spam! We only sent out Monthly Newsletter