COVID-19 – KKM perlu lebih agresif

Dalam satu temubual dengan Isabelle Leong dari Astro Awani, Profesor Dr Noran Naqiah Hairi berkata memandangkan kes telah meningkat di empat zon merah, Kementerian Kesihatan Malaysia perlu mengambil langkah yang lebih agresif, iaitu aktiviti ujian saringan perlu dipertingkatkan, dan mengasingkan dan merawat mereka yang positif dengan secepat mungkin dan memberikan rawatan secepat mungkin.

Dr Noran tambah bahawa, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) merupakan salah satu jenis penjarakan fizikal yang dilakukan secara paksaan dan wajar dikuatkuasakan di zon merah bagi membendung penularan COVID-19.

Subscribe to our newsletter

Sign up to receive an awesome Newsletter in your inbox, every month.

We don’t spam! We only sent out Monthly Newsletter