PKPB tidak perlu dilanjutkan buat masa ini

Dalam satu temubual dengan Berita Harian mengenai pandangannya sama-ada PKPB akan dilanjutkan atau tidak, Prof Dr Noran Naqiah Hairi, berpendapat tidak perlu bagi PKPB dilanjutkan buat masa ini.

“Kita perlu cuba hidup seiring dengan virus COVID-19 ini. Perancangan yang jelas dan teliti untuk menghadapi kehidupan pasca PKPB ini perlu ada. Kita perlu faham apakah matlamat PKPB, adalah melandaikan keluk kes COVID-19 dan memberi masa untuk memperkukuhkan sistem kesihatan dan sosial negara. Melihat kepada bilangan kes, angka kematian dan jumlah kemasukan di unit rawatan rapi (ICU), nampaknya kita berjaya mencapai tujuan berkenaan.”

Dr Noran Naqiah berkata, dalam situasi semasa, setiap anggota masyarakat perlu mempunyai tanggungjawab kendiri dan sentiasa bersedia untuk menghadapi gelombang COVID-19 seterusnya.

“Kita perlu amalkan norma baharu seperti 3S iaitu jauhi kawasan sesak (crowded place), elakkan kawasan sempit (confined space) dan elak bersembang dengan jarak dekat (close conversation).

“Selain mengamalkan 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear), dan amaran Kementerian Kesihatan (KKM) yang lebih berkonsep peringatan (warn).

Subscribe to our newsletter

Sign up to receive an awesome Newsletter in your inbox, every month.

We don’t spam! We only sent out Monthly Newsletter