Apa prasyarat sekolah & IPT dibuka semula?

Dalam satu temubual dengan AstroAwani, Datuk Profesor Awang Bulgiba Awang Mahmud mengenai syarat-syarat untuk sekolah dan istitute pengajian tinggi untuk dibuka semula. Beliau syorkan bahawa ada dua perkara utama perlu diteliti sebelum sekolah dan IPT dibuka semula iaitu;

  • situasi wabak sudah mula terkawal
     
  • persediaan rapi SOP normal baharu

Dengan melihat contoh beberapa negara yang sudah mula membuka kembali sekolah seperti di Perancis, Norway dan Denmark, mereka melaksanakan penjarakan sosial dengan berkesan, merekodkan suhu dan menghalang pelajar yang bergejala untuk hadir ke sekolah sama sekali.

Negara-negara ini mempunyai kelebihan apabila sumber mereka agak kukuh dari segi kewangan, kakitangan sokongan, guru serta jumlah kelas yang kecil berbanding saiz kelas sekolah awam di negara kita.

Subscribe to our newsletter

Sign up to receive an awesome Newsletter in your inbox, every month.

We don’t spam! We only sent out Monthly Newsletter