COVID-19: Guna NGO, pemimpin warga asing pujuk PATI bekerjasama

Dalam satu temubual dengan Berita Harian, Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud berkata, “Kita pujuk PATI tampil tanpa mereka bimbang ditangkap. Memang dari segi undang-undang mereka salah, namun kita kena imbangkan sama ada kita nak kuatkuasakan undang-undang yang sukar dilaksanakan atau nak pastikan kesihatan awam,”

Dr Awang Bulgiba berkata, memandangkan sektor pekerjaan makin berkurangan, kerajaan boleh menawarkan program pengampunan kepada PATI bagi membolehkan mereka pulang ke negara asal tanpa dikenakan tindakan.

Dr Awang Bulgiba berkata, siasatan lebih terperinci harus dijalankan untuk mengenal pasti indeks jangkitan itu sama ada berpunca daripada PATI itu sendiri atau mereka dijangkiti pekerja dalam DTI.

“Apabila pulang ke negara asal dan dipastikan mereka tidak kembali, kita sudah berjaya mengurangkan skala jangkitan COVID-19 dalam kalangan rakyat Malaysia,

“Jika PATI berkenaan dijangkiti sebelum dimasukkan ke DTI, risiko mereka menularkannya di luar termasuk dalam kalangan penduduk tempatan sangat tinggi … yang di dalam depoh tak apalah sebab mereka diasingkan dan diberi rawatan.

“Anggota penguat kuasa seperti polis dan Jabatan Imigresen Malaysia terbabit juga perlu disaring dan dilakukan pengesanan kontak lain di tempat mereka ditahan…kita risau jangkitan dalam masyarakat akan menular,”

Subscribe to our newsletter

Sign up to receive an awesome Newsletter in your inbox, every month.

We don’t spam! We only sent out Monthly Newsletter