Amalkan 3 serangkai & Elakkan 3C

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat telah dilanjutkan lagi mulai 12 Mei 2020 sehingga 9 Jun 2020.

Keadaan ini memaksa kita semua untuk mengubah cara kehidupan kita mulai sekarang sehingga suatu masa yang akan datang.

Sehingga bila? Selama manakah?

Kami masih juga tertanya-tanya soalan yang sama, namun masih tidak menemui jawapan yang tepat lagi.

Yang pasti, mulai detik ini, kita hendaklah mengamalkan tiga serangkai dan mengelakkan 3C.

Apakah tiga serangkai tersebut?

  • Mempraktikkan amalan kebersihan diri dan tangan, iaitu kerap membasuh tangan dengan betul dengan air dan sabun, atau dengan hand sanitizer.
  • Menggunakan topeng muka.
  • Mengamalkan penjarakan sosial, sekurang-kurangnya menjaga jarak di antara kita satu meter daripada satu orang dengan orang yang lain.

Apakah 3 C pula?

  • Elakkan berada di kawasan yang sesak atau ramai orang (crowded area)
  • Elakkan berada di dalam kawasan yang tertutup atau sempit (confined space)
  • Elakkan bercakap atau sembang pada jarak yang dekat iaitu kurang dari satu meter (close conversation)

Bacaan lanjut di Malaysia Gazette 

Subscribe to our newsletter

Sign up to receive an awesome Newsletter in your inbox, every month.

We don’t spam! We only sent out Monthly Newsletter