Pelajar perlu asingkan diri dengan keluarga dalam masa 14 hari

Dalam satu temu bual dengan Astro Awani, Professor Datuk Awang Bulgiba Awang Mahmud, berkata semua pelajar yang terlibat dalam usaha menghantar pulang ke rumah masing-masing perlu menjalani proses ujian saringan kesihatan bagi memastikan kesemuanya bebas daripada jangkitan COVID-19. Selain itu, menurut beliau, proses kuarantin diri atau mengasingkan diri daripada keluarga dalam tempoh 14 hari juga dilihat penting dan perlu dilakukan meskipun telah berada di rumah. Aspek pengangkutan juga mesti ditelitikan, pengangkutan yang sesuai untuk mereka gunakan adalah bas
milik universiti masing-masing agar mudah urusan sanitasi dibuat sebelum dan selepas penghantaran dibuat.

Subscribe to our newsletter

Sign up to receive an awesome Newsletter in your inbox, every month.

We don’t spam! We only sent out Monthly Newsletter